Looking for wedding/engagement photographer?

Click here!

Thursday, February 3, 2011

Jogjakarta Tour - The Full Story | Day 3 (Part 2)

Untuk lunch hari ke 3 ni kitorang di bawa ke sebuah restaurant (sori dah terlupa nama restaurant ni) tak berapa jauh dari lokasi Candi Mendut. Apa yg best bila tiba je kat restaurant kitorg disambut oleh waitress dgn penuh kemesraan (most welcoming). Diorg hulur towel muka yg lembap dingin beraroma kat pelanggan2 yg dtg tgh hari. Selepas lap muka dan tangan, mmg badan terasa re-freshen up bagaikan hidup semula . Bau hapak peluh terus hilang. Baru la boleh menikmati hidangan tegah hari ngan selesa dan berselera.Kali ni anak tomei ayah si Aqil Danish berjaga utk sama2 menikmati hidangan tgh hari (setelah 2 hari berturut missed). Tp yang kelakarnya, pas selesai makan mmg mata dia dah tak tertahan lg dah, atas baby chair tu die bole terlentok2 kepala beberapa kali sebelum tertidur. Kitorg tgk je gelagat dia (siap record lg ngan handycam). Rasa kelakar dan kesian ahaha...

Selesai lunch, kitorg terus menyambugkan perjalanan ke salah satu destinasi yg aku tak sabar2 nak gi sebelum ni - Gunung Merapi. Perjalanan mengambil masa kira2 sejam lebih untuk tiba. Sepanjang perjalanan hujan lebat membuatkan kelopak mata aku ni plak yg tak tertahan nak lelap (dah kenyang mata pun terasa berat la).. Lawan punya lawan akhirnya tertewas juga. Sedar2 dah nak hampir sampai ke Gunung Merapi. Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 69 kali semenjak 1548. Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini.

Sumber dari Wikipeida Bahasa Melayu - ensiklopedia bebas

Kini kitorg berada approx. 5 km dari puncak Merapi. Kawasan persekitaran yang terlihat umpama padang jarak padang terkukur. Yang tinggal cuma tapak2 perkampungan dan batang2 pokok yang hangus terbakar dek kesan kemusnahan letusan terbaru Nov 2010 lalu yang telah meragut lebih seratus jiwa.

Kebetulan waktu itu baru lepas hujan, suhu yg dingin akibat tiupan angin serta langit yg dilitupi awan mendung tebal semacam menimbulkan mood dramatik kepada kitorg. Perasaan kitorg bercampur baur teruja ngan cuak! Ye la mana tak sekali tengok terus terlintas di fikiran macam Mordor tempat Lord Sauron dalam film Lord Of The Rings!

Tak lepaskan peluang bergambar kenangan. Bukan selalu dpt peluang gi tengok gunung berapi depan mata oii!!!

Sungai lahar yang terbentuk ekoran muntah lava semasa erupsi Merapi

Selepas melawat Gunung Merapi, kitorg turun semula ke Jogja untuk baki aktiviti utk hari ke-3 iaitu dinner ngan shopping (lagi??? sebab aku tak dapat cari lagi seluar jeans aku huhu..). Kitorg terus gi dinner dulu kat restaurant Hartz Chicken Buffet. Nak dijadikan cerita, tgh2 makan tu kitorg telah dikejutkan dgn berita penemuan kejadian "Crop Circle" di Jogja!

Crop Circle Kini Di Indonesia - Utusan Malaysia Online 30 Januari 2011

Tp bukan rezeki kitorg utk menyaksikan kejadian aneh yang seringkali dikaitkan dgn UFO tu secara dekat kerana esoknya kitorg akan pergi ke Dieng Plateau yg terletak kira-kira 3-4 jam perjalanan dari Jogja. Sekadar melihat di kaca TV ngan sokaba je la.. Kalau la ada extra sehari lg dah tentu aku request gi tempat kejadian nak tengok ngan mata sendiri.

Alhamdulillah.. Bila perut dah terisi, barulah ada semangat nak bershopping! Perlu tenaga banyak tau utk ber'shopping' all out! Ye la..dulu masa Year End Sale (YES) pun kitorg tahan2 sbb tunggu nak shopping kat Jogja yg dah tentu harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia utk produk yg berkualiti. At last aku dpt jugak beli apa yg dihajati - Sepasang seluar jeans ngan beberapa helai T-shirt:)

To be continued Day 4...

Wednesday, February 2, 2011

Jogjakarta Tour - The Full Story | Day 3 (Part 1)

"The Magnificent Ancient Architecture"

Bayangkan, hampir setiap malam sejak Day 1 purata waktu tidur aku cuma 4 jam je. Dan seawal jam 5.30 pg dah kena bangun solat subuh dan terus bersiap. Kemudian terus bersarapan dan selesai bersarapan kitorg punya tourist guide dah bersiap sedia menunggu di ruang lobby hotel untuk memulakan agenda percutian seterusnyaFirst tour of the day is Candi Borobudur (kalo visit Jogja x pergi sini mcm tak complete seluruh tour rasanya).

Kitorg sarapan pun berat2 sbb tenaga amat diperlukan utk berjalan seharian kalo tak pancet

Keadaan setiap pokok kelapa yang pelepahnya condong ke bawah disebabkan hujan debu panas letusan Gunung Merapi Nov 2010 lalu masih kelihatan disepanjang perjalanan menuju ke Magelang.

Kemegahan Magelang

Mengenai Candi Borobodur yang dibangunkan sekitar abad ke-9 pula, ia terletak di Magelang iaitu kira-kira 40 kilometer dari Yogyakarta. Candi ini hanya terletak kira-kira 28 kilometer dari Gunung Merapi.

Semasa Gunung Merapi meletus pada 5 November lalu, kesannya turut diterima oleh candi itu apabila ia diliputi debu Merapi yang berasid. Kerja-kerja pembersihannya segera dilakukan kerana bimbang elemen penghakis dalam debu itu merosakkan warna dan tekstur pada permukaan candi tersebut.

Selain menjadi pusat ibadat bagi penganut Buddha di Indonesia terutamanya pada Hari Wesak pada bulan Mei, candi di atas bukit itu menjadi tarikan utama bagi pelancong dunia yang melawat Jawa Tengah.

Candi Borobudur merupakan candi kedua terbesar di dunia selepas Candi Angkor Wat di Kemboja. Dengan pemandangan menarik berlatar belakang Gunung Merapi, ia sungguh mempesonakan.

Candi tersebut dibangunkan oleh para penganut agama Buddha Mahayana pada zaman pemerintahan kerajaan Mataram daripada dinasti Sailendra.

Maksud nama Borobudur adalah ‘biara di perbukitan’, yang berasal dari kata ‘bara’ (candi atau biara) dan ‘beduhur’ (perbukitan atau tempat tinggi) dalam bahasa Sanskrit.

Pada abad ke-15, candi itu mula dilupai ekoran kemasukan pengaruh Islam ke Indonesia. Candi Borobudur mula mendapat perhatian semula pada tahun 1814 apabila Orang Inggeris menakluki Indonesia.

Orang Inggeris bernama Sir Thomas Stamford Raffles yang berminat dengan tinggalan sejarah telah menghantar pasukan penyelidik dari Belanda untuk membuat kajian terhadap candi itu.

Pada tahun 1973 Candi Borobudur mula mendapat perhatian seluruh dunia dan sehingga kini ia terus teguh berdiri dan menerima kunjungan ribuan pelancong setiap hari.

Sumber dari Kosmo! Online - Horizon

Additional Information

Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.

Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.

1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.

Jika Mesir berbangga dengan piramid dan Sphinx, China dengan Tembok Besar , Kemboja dengan Angkor Wat. Maka, warga Indonesia berbangga dengan Borobudur.

Fungsi

Borobudur dibina sebagai tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu seluruh pulau mistik Jawa didiami penganut Buddha. Setiap tahun, sambutan Hari Wesak telah disambut di sini pada bulan Mei. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran, nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha.

Tetapi Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil Buddha di India atau di China.

Pengaruh Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama Islam. Sehingga kini hanya terdapat 2 juta penganut Hindu Buddha di Indonesia dengan tumpuan di pulau Bali. Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai 5 juta orang.

Kemerosotan Borobudur semakin teruk apabila ia ditimbus oleh abu lava gunung berapi. Terdapat dua buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sundoro-Sumbing dan Gunung Merbabu-Merapi di Sungai Progo. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana penduduknya ramai dan pertanian padi sawah dapat dijalankan kerana tanih lava gunung berapi sangat subur.

Selain kuil Borobudur terdapat 2 lagi kuil di kawasan berdekatan iaitu kuil Pawon dan kuil Mendut. Menurut lisan tempatan, ada jalan selari dari kuil Borobudur ke kuil Mendut. Setiap Mei atau Jun, penganut Buddha mengerjakan perjalanan dari kuil Mendut, ke kuil Pawon dan tamat di kuil Borobudur.

Etimologi

  • Istilah Borobudur tidak dapat dikesan dalam mana-mana artifak kecuali catatan Sir Thomas Stamford Raffles saja antara 1814-1816 iaitu ketika British mengambilalih sementara Bangkahulu dari Belanda.
  • Asal usul istilah Borobudur ini tidak jelas kerana penduduk setempat tidak lagi menjadi penganut agama Buddha. Penduduk pulau mistik Jawa telah lama melupakan agama Buddha. Kita akan merasa aneh akan kewujudan kuil Buddha ini kerana 99% penduduk Indonesia beragama Islam.
  • Bore ialah 'nama sebuah kampung' di situ. Budur ialah 'candi'. Jadi Borobudur bermaksud Candi Bore. Biasanya setiap candi dinamakan sempena nama sesebuah kampung berdekatan. Sepatutnya Raffle menulis 'BudurBoro', bukan 'Borobudur'.
  • Dalam manuskrip Nagarakartagama yang menggunakan bahasa Jawa kuno, karya Mpu Prapanca pada 1365 menyatakan 'Budur' sebagai Budha. Jadi diandaikan 'Budur' dikaitkan dengan ajaran Buddha.
  • Borobudur juga dikatkan dengan Sambharabhudhara yang bermaksud "gunung" (bhudara) di mana di lereng-lerengnya terletak teras-teras.
  • Borobudur dikatakan perubahan sebutan "para Buddha" menjadi borobudur atau 'budha'.
  • Dalam bahasa sanskrit dan Bali, Boro bermaksud 'kompleks candi' atau biara. Beduhur bermaksud "tinggi" atau di atas tanah tinggi.

Struktur Borobudur

Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang.

Waktu tiba dan semasa pulang kitorg bagaikan seleberiti yang dikerumuni sekumpulan paparazi apabila peniaga-peniaga jalanan ni berasak-asak memujuk untuk membeli barangan cenderamata mereka.

Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades. Candi ni kecik je saiznya berbanding Borobudur so kitorg tak singgah lama. Sekadar bergambar lebih kurang terus menuju ke satu lagi candi yang terdapat berhampiran kawasan Borobudur ni - Candi Mendut.

Sumber dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Candi Pawon

Candi Pawon terletak 1.5 km ke arah barat dari Candi Mendut dan ke arah timur dari Candi Borobudur, juga merupakan sebuah candi Buddha. Saat diteliti secara lengkap pada reliefnya, ternyata merupakan permulaan relief Candi Borobudur.

Banyak orang mengira Candi Pawon merupakan sebuah makam, namun setelah diteliti ternyata merupakan tempat untuk menyimpan senjata Raja Indera yang bernama Vajranala. Candi ini terbuat dari batu gunung berapi. Ditinjau dari seni bangunannya merupakan gabungan seni bangunan Hindu Jawa kuno dan India. Candi Pawon terletak tepat di sumbu garis yang menghubungkan Candi Borobudur dan Candi Mendut.

Kemungkinan candi ini dibangun untuk kubera. Candi ini berada di atas teras dan tangga yang agak lebar. Semua bagian-bagiannya dihiasi dengan stupa (dagoba) dan dinding-dinding luarnya dengan gambar-gambar simbolis.

Sumber dari yogyes.com

Candi ni kecik je saiznya berbanding Borobudur so kitorg tak singgah lama. Sekadar bergambar lebih kurang terus menuju ke satu lagi candi yang terdapat berhampiran kawasan Borobudur ni - Candi Mendut.

Candi Mendut

Candi Mendut ialah sebuah candi agama Buddha yang terletak di desa Mendut, kecamatan Mungkid, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, di Indonesia, beberapa kilometer dari candi Borobudur. Dibina oleh dinasti Syailendra, prasasti Karangtengah yang bertarikh 824 Masehi menyebut bahawa raja Indra membina bangunan suci ini dan menamainya sebagai venuvana, iaitu "hutan buluh".

Candi Mendut tingginya 26.4 meter. Bangunan ini sebenarnya diperbuat daripada batu batastupa kecil, dengan 48 buah daripadanya masih wujud. yang ditutupi dengan batu semulajadi. Candi ini terletak pada sebuah tapak asas yang tinggi supaya nampak lebih hebat dan agung. Di atas tapak asas ini, terdapat lorong yang mengelilingi bangunan candi. Tangga naik dan pintu masuk menghadap ke arah barat daya. Bumbung candi ini bertingkat tiga dan dihiasi dengan stupa-stupa kecil, dengan 48 buah daripadanya masih wujud.

Hiasan yang terdapat pada Candi Mendut merupakan hiasan yang berselang-seling, termasuk ukiran-ukiran makhluk kayangan seperti kera dan burung helang. Pada kedua-dua sisi tangganya, terdapat ukiran timbul cerita Pancatantra dan Jataka. Dinding candi dihiasi ukiran timbul Bodhisatva, antaranya Awalokiteswara, Maitreya, Wajrapāṇi, dan Manjusri. Pada dinding tubuh candi pula, terdapat ukiran timbul Kalpataru, dua malaikat, Harītī (seorang saksi yang bertaubat lalu mengikut Buddha), serta Āţawaka.

Di dalam candi induk, terdapat tiga buah arca Buddha yang besar, iaitu Buddha Śakyamuni, dengan tangan dalam bentuk dharmacakramudra (mudra ). Di depan arca Buddha, terdapat ukiran timbul berbentuk roda yang diapit oleh sepasang rusa, lambang Buddha. Di sebelah kiri pula, terdapat arca Padmapāņi dan di sebelah kanannya, arca Wajrapāņi. Kini di hadapan arca Buddha terletak dupa-dupa dan keranjang untuk sumbangan. Para pengunjung boleh menyalakan dupa dan bersembahyang di sini.

Sumber dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

To be continued Day 3 (Part 2)...

Tuesday, February 1, 2011

Jogjakarta Tour - The Full Story | Day 2

"Exciting Day 2"

Selesai breakfast di hotel, kitorg di bawa ke Candi Prambanan aka Prambanan Temple yang terletak kira2 17 km dari Jogjakarta.

Candi Prambanan merupakan seni bina kuil Hindu yang terbesar di Asia Tenggara dan dibangunkan pada abad ke-10 semasa pemerintahan dua raja iaitu Rakai Pikatan, iaitu raja kedua dalam dinasti ulung Wangsa Mataram I dan Balitung Maha Sambu semasa Wangsa Sanjaya atau Kerajaan Mataram Kuno.

Tidak lama setelah dibangunkan, kompleks candi itu ditinggalkan dan rosak sehingga ia terpaksa dibaiki semula bermula pada pada tahun 1733 oleh orang Belanda.

Candi Prambanan mempunyai tiga candi utama iaitu Candi Brahma, Vishnu, dan Shiva.

Ketiga-tiga candi tersebut adalah lambang Trimurti dalam kepercayaan Hindu dengan setiap candi utama itu memiliki satu candi pendamping yang menghadap ke barat iaitu Candi Nandini untuk Shiva, Angsa untuk Brahma dan Garuda untuk Vishnu.


Candi Shiva merupakan bangunan paling tinggi iaitu mencapai ukuran 47 meter. Dalam ruang candi itu terdapat beberapa arca selain Shiva iaitu Durga (isteri Shiva), Agastya (guru Shiva), dan Ganesha (putera Shiva).

Candi Vishnu pula terletak di sebelah utara Candi Shiva. Dalam candi Vishnu itu, terdapat arca Tuhan Pelindung tersebut manakala Candi Brahma terletak di sebelah selatan Candi Shiva. Seperti dua candi utama lain, dalam Candi Brahma terdapat arca Brahma yang bergelar Tuhan Pencipta.

Mitos Setempat

Mengikut mitos yang selalu diceritakan masyarakat Jawa mengenai candi tersebut, bangunan itu dibina dalam tempoh satu malam oleh seorang putera raja Kerajaan Pengging bernama Bandung Bondowoso. Bandung mencintai Roro Jonggrang iaitu puteri kepada Kerajaan Keraton Bako.

Namun, wanita itu tidak mencintai Bandung selepas putera raja itu diketahui telah membunuh ayahandanya. Sebagai mencari jalan menolak cinta Bandung, Roro meminta Bandung mendirikan candi dengan 1,000 arca dalam tempoh semalaman.

Putera raja itu menyambut syarat tersebut dengan meminta bantuan angkatan jin. Tatkala hampir keseluruhan candi itu dapat disiapkan mengikut waktunya, Roro yang gelisah terpaksa membuat helah lain.

Dia memanggil semua gadis di kampung itu supaya menumbuk padi lalu membakarnya sehingga tercipta api yang sangat besar dan marak seolah-olah tercetus suasana seperti pagi hari.

Tindakan Roro menyebabkan jin-jin berhenti membuat kerja dan hanya sempat menyiapkan 999 buah arca kerana menyangka siang sudah menjelma.

Walaupun muslihat Roro itu hampir menjadi, Bandung yang dapat membongkar penipuan tersebut telah menyumpah Roro menjadi batu manakala semua anak gadis yang membantunya turut disumpah menjadi perawan tua.

Gempa bumi

Sejak dibangunkan semula bermula tahun 1733, kompleks candi itu pernah beberapa kali runtuh angkara gempa bumi dan letupan Gunung Merapi. Kali terakhir seni bina bersejarah itu musnah sebahagiannya adalah ketika malapetaka gempa bumi pada 27 Mei 2006 yang berkekuatan 5.9 pada skala Richter.

Gempa yang berpusat di Bantul itu bukan saja menyebabkan ramai penduduk terkorban malah kompleks Candi Prambanan, khususnya Candi Brahma menerima kesan paling teruk.

Kesan gempa bumi itu belum dapat dibaiki sepenuhnya memandangkan banyak bongkah batu yang digunakan untuk membina candi itu terbenam ke dalam tanah.

Sumber dari Kosmo! Online - Horizon



Begitulah serba sedikit citer pasal Candi Prambanan ni. Sepanjang kitorg berada kat sini memang tak lepaskan peluang utk bergambar sepuas hati. Cuaca yg agak terik tak menghalang semangat kitorg utk menjelajah dan bergambar kat sini.

Masa lawatan kitorg diperuntukkan di sini hanya 2 jam. Time nak balik ke mobil kitorg tetiba hujan lebat turun mencurah2. Terpaksa berteduh jap sementara menunggu hujan reda. Tak sanggup nak redah hujan lebat sebab mobil kitorg masih agak jauh. Aku pun risaukan si Aqil ngan gadget aku ni takut basah kena hujan.

Tunggu punya tunggu hujan masih belum menunjukkan tanda2 nak berhenti. Agak2 dah reda sket, kitorg pun redah slow2 bwh pokok2 yg berada di sepanjang laluan kaki. Tetiba nampak pulak ada seorg lelaki bawak payung banyak2. Rupa2nya utk rental. Kitorg pun sewa la payung dlm Rp 5000.





Dari Prambanan kitorg melawat Muzium Sunobudoyo. Kitorg terpaksa bergegas ke muzium ni bimbang tutup awal sbb hari Minggu (Ahad). Dah tu ada pulak road block sebab ada Sekaten (macam acara Pasar Siang) bersempena sambutan Maulidul Rasul. Sekaten memang merupakan acara tahunan diorg kat sini. Sib baik Suzuki APV kitorg lepas so dpt la visit muzium Sunobudoyo tu.

Muzium ni mempamerkan bnyk tinggalan etnik dan arkeologi. Kat sini boleh tengok macam2 benda seperti jenis Batik, jenis wayang kulit dll. Masa tengah kat dalam muzium tu, tetiba plak datang seru. Terus cari toilet dan itulah merupakan kali pertama aku buang hajat kat bumi Jogja ni sejak semalam lg x settle wahaha...


Bila dah settle mula la rasa lapar sebab perut dah kosong..Lantas kitorg pun dibawa lunch ke Sekar Kedhaton Restaurant yang terletak di tengah2 Kota Gede.

Sekar Kedhaton Restaurant adalah tempat yang sangat unik dimana pelanggan tidak hanya dapat menikmati menu makanan terbaik yang disajikan disini, namun disini anda juga dapat menemukan kemewahan dan kenyamanan suasana dengan sentuhan – sentuhan keagungan dekorasi etnik Jawa yang unik. So far, makanan kat sini merupakan paling enak sekali berbanding hari pertama. Restoran ni kelihatan agak class dengan ramai pelanggan terdiri daripada mat salleh. Dan seperti hari pertama, Aqil Danish terlepas peluang nak rasa makanan kat sini sebab tertidur dalam stroller dia.

Selesai mencekek, kitorg terus singgah ke Ansor Silver, iaitu salah satu showroom Silver ternama di Kota Gede.

Masuk2 je dalam showroom kitorg terus ditunjukkan demonstasi pembuatan perak. Dapat gaks tips caner nak bagi kilatkan benda2 silver ni mcm jam tangan, cincin ke.. hanya gunakan Ubat Gigi dan Berus Gigi!

Habis saksikan pembuatan silver ni, kitorg di bawa pula ke dalam section kedai yang menjual item yang diperbuat daripada perak la seperti necklace, gelang, subang, cincin dll. Kitorg sekadar window shopping je sebab faham2 la kan.. (mahal beb!)

Next, kitorg gi visit Batik Home Industry Plentong iaitu tempat pembuatan batik secara tradtional kat Jln. Tirtodipuran. Ni la first time aku tengok proses pembuatan batik secara traditional. Giler beb! Memang skill dan ketelitian kena ada. Bukan calang2 org yg bole bikin batik ni. Lagi banyak colour kat batik tu lagi berulang kali la kena cop kain tu ngan lilin.

Sepertimana di kedai silver tadi, habis tengok proses pembuatan kitorg di bawa ke kedainya pulak kut2 nak beli Batik Jawa ke.. perghh memang harga setanding dgn penat lelah membuatnya!

Lastly, it's shopping hours! Kitorg di bawa ke Omah Mode untuk bershopping pakaian! Memang perlu sgt sbb aku ngan wife memang tak bawak pakaian banyak. Kebetulan ada sales discount up to 75% pulak time tu! Perghh layanz!! Habis shopping terus dinner di local restaurant dan kembali ke hotel. Pengembaraan yang lebih menarik menanti hari esok!

To be continued Day 3....

Sunday, January 30, 2011

Jogjakarta Tour - The Full Story | Day 1

5d4n Tour from 22-26 Jan 2011 "Jogjakarta Berhati Nyaman"

Percutian kami yang dirancang semenjak April 2010 lagi telah bermula seawal jam 4 pg sebab terpaksa tiba di LCCT 2 jam ssebelum departure time jam 7 pagi. Perghh.. memang beratnya rasa kepala ni Tuhan je yg tahu sebab tidur rasa sekejap sgt (maunya tak tidur pun lewat dalam kul 1 am). Mungkin terlalu excited tu yang susah nak lelapkan mata tu. "Takper..nanti boleh qada' tido dalam flight" bisik kata hati. Sejurus mendarat jam 8.30 am (waktu tempatan) kitorg disambut oleh Mr Taufan Aji Sugesti selaku tourist guide kitorg & pak supir (driver) Pak Gunawan sepanjang kitorg berada di sini. Kitorg diberitahu ada sedikit perubahan itinerary lawatan utk suit dgn jarak lokasi dan cuaca (sini pun dah hujan waktu petang). Kitorg okay jek janji semua tempat tarak yg miss.
Tanpa membuang masa, kitorg terus di bawa ke Hotel (utk drop baggage je sbb wat semak MPV) dan lantas ke destinasi pertama tour - Kraton Sultan aka Sultan's Palace.
We learned that Jogja is still ruled by the Sultan with monarchy system is still practiced until today! Dan rakyat Jogja punya ketaatan kpd Sultan diorg tak berbelah bagi! "Jogjakarta Berhati Nyaman" tu merupakan motto penduduk Jogja yg bermaksud penduduknya menjalani hidup dgn aman dan harmoni tanpa campur tangan pihak luar (lebih kurang la kut).
Topi atau yg sewaktu dgn nya x dibenarkan sama sekali sepanjang berada dlm kawasan Kraton ni. Salah satu pantang larang diorg yg kena dipatuhi.

Sambil kitorg tour kat sini, Mr Taufan telah memberi penerangan bersejarah pasal Kraton Sultan ni (aku rasa dlm 50% je informasi masuk kepala aku sbb selebihnya bz shoot foto :P)
Upacara wayang kulit masih dipraktikkan sehingga hari ini

Habis tour di Kraton ni tekak pun rasa kering. Kat luar Kraton nampak bnyk penjaja2 kecil berniaga. Kitorg pun melakukan pembelian pertama - Air Kelapa Muda & Es Cendol. Air kelapa muda diorg campur ngan gula merah so rasa manis banget! So actually rasa dahaga tu hilang jap pastu dahaga balik sebab minum manis! Aku prefer air kelapa kita lg! Next destination ialah Water Castle terletak berdekatan dgn Kraton Sultan. Menurut Taufan, kat sini la dulu tempat Sultan bersama para isterinya yang seramai 80 org tu bermandi-manda (sila berimaginasi sendiri). Skrg jadi tempat tourism jek..kalo tak jgn harap korg bole masuk sini wkwka..
Tempat ni menurut Taufan ramai photographer buat pre-wedding outdoor location. From my observation, mmg gempak!

Settle melawat Water Castle dan kawasan sekitarnya, it's lunch time! Perut memang dah pedih sgt! Kami di bawa ke sebuah restoran yg telah ditempah awal terletak tidak jauh dari sini.
Our lunch course - buffet

Sambil makan mendengar dendangan alunan muzik trational Jawa memberikan ketenangan semasa melantak

Muka-muka kekenyangan kecuali si Aqil Danish yg tertidur kepenatan (cian anak Ayah nie)

Dah kenyang dan solat, kitorg teruskan tour sterusnya iaitu Pasar Burung (Bird Market). Tempat ni perfect utk pet lovers dan pet freaks (yg gilekan binatang2 peliharaan) mcm2 ada! Sebut je..dari burung, kucing, anjing sampai ler ular sawa pun ada! Yg lawaknya sangkar ular sawa tu letak betul2 sebelah sangkar arnab. Tengok muke2 arnab tu cuak2 jek ahaks! Tp ular sawa tu mmg nampak mengganaz time tu (mungkin lapar kut) sampai kitorg pun cuaks gaks!

Anak2 ayam yg colorful ni betul2 menarik perhatian aku! Caner diorg buat hah???

Continued to Kasongan Village, known for traditional clay potteries. Dari pasu hingga la patung2 sembahan Hindu semua terdapat kat sini. Tak lama kat sini, kitorg meneruskan perjalanan ke Manding Village yang terkenal dengan pusat pengahsilan barangan kulit seperti kasut, dompet, tali pinggang, jaket dll. Selepas survey 2-3 kedai, aku dapat la beli sepasang kasut kulit office dan 2 tali pinggang kulit dengan harga yang giler murah beb!
Parangtritis Beach ni terletak ke arah Selatan Barat Jogja kira2 45 min perjalanan. Parangtritis Beach sangat berkait dengan legenda Ratu Kidul. Banyak orang Jawa percaya bahawa Parangtritis Beach adalah gerbang kerajaan ghaib Ratu Kidul yang menguasai laut selatan.Sepanjang perjalanan kitorg melewati kawasan penanaman padi yg terbentang luas mata memandang. Kiri kanan semua padi jek! Tak bleh tahan tengok keindahan serta kehijauan padi berlatar belakangkan gunung-ganang yg indah, kitorg mintak berhenti tepi jalan jap utk bergambar kenangan. Cuaca masa ni hujan gerimis2.. Setibanya kitorg ke Parangtritis Beach, kitorg didatangi oleh supir2 kereta kuda yg melambak2 kat pantai ni. Diorg ajak naik kereta kuda bersiar2 di epi pantai sampai ke air terjun yg terdapat kat hujung pantai ni. Kalau nak menapak ke sana mmg agak jauh. Upahnya? Rp 20,000 = approx. RM6 return! Murah giler beb! :D Hajat awal nak shoot panorama sunset (mmg feymes sunset kat sini) Parangtritis Beach terbantut disebabkan cuaca sgt mendung tak brp mengizinkan-the photos will look so dull! So kalo capture pun x cun..jadi aku amek la gambar waterfall ni ngan slow shutter + ND filter (first experimental ngan newly bought ND filter). Dah puas bergambar, kitorg pun akhiri hari pertama ni ngan dinner @ Halal Chinese Food otw back to Hotel di Jogja. Day 1 yg sgt memenatkan but we're totally enjoyed!

To be continued Day 2....

Mencari wedding photographer yang memenuhi bajet anda?
pixlensa.blogspot.com
+012-6043456
+0123476420