"Jogjakarta Berhati Nyaman" Percutian kami yang dirancang semenjak April 2010 lagi telah bermula seawal jam 4 pg sebab terpaksa tiba di LCCT 2 jam ssebelum departure time jam 7 pagi. Perghh.. memang beratnya rasa kepala ni Tuhan je yg tahu sebab tidur rasa sekejap sgt (maunya tak tidur pun lewat dalam kul 1 am). Mungkin terlalu excited tu yang susah nak lelapkan mata tu. "Takper..nanti boleh qada' tido dalam flight" bisik kata hati.

Sejurus mendarat jam 8.30 am (waktu tempatan) kitorg disambut oleh Mr Taufan Aji Sugesti selaku tourist guide kitorg & pak supir (driver) Pak Gunawan sepanjang kitorg berada di sini. Kitorg diberitahu ada sedikit perubahan itinerary lawatan utk suit dgn jarak lokasi dan cuaca (sini pun dah hujan waktu petang). Kitorg okay jek janji semua tempat tarak yg miss.
Tanpa membuang masa, kitorg terus di bawa ke Hotel (utk drop baggage je sbb wat semak MPV) dan lantas ke destinasi pertama tour - Kraton Sultan aka Sultan's Palace. We learned that Jogja is still ruled by the Sultan with monarchy system is still practiced until today! Dan rakyat Jogja punya ketaatan kpd Sultan diorg tak berbelah bagi! "Jogjakarta Berhati Nyaman" tu merupakan motto penduduk Jogja yg bermaksud penduduknya menjalani hidup dgn aman dan harmoni tanpa campur tangan pihak luar (lebih kurang la kut).
Topi atau yg sewaktu dgn nya x dibenarkan sama sekali sepanjang berada dlm kawasan Kraton ni. Salah satu pantang larang diorg yg kena dipatuhi.
Habis tour di Kraton ni tekak pun rasa kering. Kat luar Kraton nampak bnyk penjaja2 kecil berniaga. Kitorg pun melakukan pembelian pertama - Air Kelapa Muda & Es Cendol. Air kelapa muda diorg campur ngan gula merah so rasa manis banget! So actually rasa dahaga tu hilang jap pastu dahaga balik sebab minum manis! Aku prefer air kelapa kita lg!
Next destination ialah Water Castle terletak berdekatan dgn Kraton Sultan.
Menurut Taufan, kat sini la dulu tempat Sultan bersama para isterinya yang seramai 80 org tu bermandi-manda (sila berimaginasi sendiri). Skrg jadi tempat tourism jek..kalo tak jgn harap korg bole masuk sini wkwka..
Tempat ni menurut Taufan ramai photographer buat pre-wedding outdoor location. From my observation, mmg gempak!

Settle melawat Water Castle dan kawasan sekitarnya, it's lunch time! Perut memang dah pedih sgt! Kami di bawa ke sebuah restoran yg telah ditempah awal terletak tidak jauh dari sini.
Sambil makan mendengar dendangan alunan muzik trational Jawa memberikan ketenangan semasa melantak
Muka-muka kekenyangan kecuali si Aqil Danish yg tertidur kepenatan (cian anak Ayah nie)Dah kenyang dan solat, kitorg teruskan tour sterusnya iaitu Pasar Burung (Bird Market). Tempat ni perfect utk pet lovers dan pet freaks (yg gilekan binatang2 peliharaan) mcm2 ada! Sebut je..dari burung, kucing, anjing sampai ler ular sawa pun ada! Yg lawaknya sangkar ular sawa tu letak betul2 sebelah sangkar arnab. Tengok muke2 arnab tu cuak2 jek ahaks! Tp ular sawa tu mmg nampak mengganaz time tu (mungkin lapar kut) sampai kitorg pun cuaks gaks!


Anak2 ayam yg colorful ni betul2 menarik perhatian aku! Caner diorg buat hah???
Parangtritis Beach ni terletak ke arah Selatan Barat Jogja kira2 45 min perjalanan. Parangtritis Beach sangat berkait dengan legenda Ratu Kidul. Banyak orang Jawa percaya bahawa Parangtritis Beach adalah gerbang kerajaan ghaib Ratu Kidul yang menguasai laut selatan.Sepanjang perjalanan kitorg melewati kawasan penanaman padi yg terbentang luas mata memandang. Kiri kanan semua padi jek! Tak bleh tahan tengok keindahan serta kehijauan padi berlatar belakangkan gunung-ganang yg indah, kitorg mintak berhenti tepi jalan jap utk bergambar kenangan. Cuaca masa ni hujan gerimis2..
Setibanya kitorg ke Parangtritis Beach, kitorg didatangi oleh supir2 kereta kuda yg melambak2 kat pantai ni. Diorg ajak naik kereta kuda bersiar2 di epi pantai sampai ke air terjun yg terdapat kat hujung pantai ni. Kalau nak menapak ke sana mmg agak jauh. Upahnya? Rp 20,000 = approx. RM6 return! Murah giler beb! :D
Hajat awal nak shoot panorama sunset (mmg feymes sunset kat sini) Parangtritis Beach terbantut disebabkan cuaca sgt mendung tak brp mengizinkan-the photos will look so dull! So kalo capture pun x cun..jadi aku amek la gambar waterfall ni ngan slow shutter + ND filter (first experimental ngan newly bought ND filter).
Dah puas bergambar, kitorg pun akhiri hari pertama ni ngan dinner @ Halal Chinese Food otw back to Hotel di Jogja. Day 1 yg sgt memenatkan but we're totally enjoyed! To be continued Day 2....




0 comments:
Post a Comment