Looking for wedding/engagement photographer?

Click here!

Tuesday, February 1, 2011

Jogjakarta Tour - The Full Story | Day 2

"Exciting Day 2"

Selesai breakfast di hotel, kitorg di bawa ke Candi Prambanan aka Prambanan Temple yang terletak kira2 17 km dari Jogjakarta.

Candi Prambanan merupakan seni bina kuil Hindu yang terbesar di Asia Tenggara dan dibangunkan pada abad ke-10 semasa pemerintahan dua raja iaitu Rakai Pikatan, iaitu raja kedua dalam dinasti ulung Wangsa Mataram I dan Balitung Maha Sambu semasa Wangsa Sanjaya atau Kerajaan Mataram Kuno.

Tidak lama setelah dibangunkan, kompleks candi itu ditinggalkan dan rosak sehingga ia terpaksa dibaiki semula bermula pada pada tahun 1733 oleh orang Belanda.

Candi Prambanan mempunyai tiga candi utama iaitu Candi Brahma, Vishnu, dan Shiva.

Ketiga-tiga candi tersebut adalah lambang Trimurti dalam kepercayaan Hindu dengan setiap candi utama itu memiliki satu candi pendamping yang menghadap ke barat iaitu Candi Nandini untuk Shiva, Angsa untuk Brahma dan Garuda untuk Vishnu.


Candi Shiva merupakan bangunan paling tinggi iaitu mencapai ukuran 47 meter. Dalam ruang candi itu terdapat beberapa arca selain Shiva iaitu Durga (isteri Shiva), Agastya (guru Shiva), dan Ganesha (putera Shiva).

Candi Vishnu pula terletak di sebelah utara Candi Shiva. Dalam candi Vishnu itu, terdapat arca Tuhan Pelindung tersebut manakala Candi Brahma terletak di sebelah selatan Candi Shiva. Seperti dua candi utama lain, dalam Candi Brahma terdapat arca Brahma yang bergelar Tuhan Pencipta.

Mitos Setempat

Mengikut mitos yang selalu diceritakan masyarakat Jawa mengenai candi tersebut, bangunan itu dibina dalam tempoh satu malam oleh seorang putera raja Kerajaan Pengging bernama Bandung Bondowoso. Bandung mencintai Roro Jonggrang iaitu puteri kepada Kerajaan Keraton Bako.

Namun, wanita itu tidak mencintai Bandung selepas putera raja itu diketahui telah membunuh ayahandanya. Sebagai mencari jalan menolak cinta Bandung, Roro meminta Bandung mendirikan candi dengan 1,000 arca dalam tempoh semalaman.

Putera raja itu menyambut syarat tersebut dengan meminta bantuan angkatan jin. Tatkala hampir keseluruhan candi itu dapat disiapkan mengikut waktunya, Roro yang gelisah terpaksa membuat helah lain.

Dia memanggil semua gadis di kampung itu supaya menumbuk padi lalu membakarnya sehingga tercipta api yang sangat besar dan marak seolah-olah tercetus suasana seperti pagi hari.

Tindakan Roro menyebabkan jin-jin berhenti membuat kerja dan hanya sempat menyiapkan 999 buah arca kerana menyangka siang sudah menjelma.

Walaupun muslihat Roro itu hampir menjadi, Bandung yang dapat membongkar penipuan tersebut telah menyumpah Roro menjadi batu manakala semua anak gadis yang membantunya turut disumpah menjadi perawan tua.

Gempa bumi

Sejak dibangunkan semula bermula tahun 1733, kompleks candi itu pernah beberapa kali runtuh angkara gempa bumi dan letupan Gunung Merapi. Kali terakhir seni bina bersejarah itu musnah sebahagiannya adalah ketika malapetaka gempa bumi pada 27 Mei 2006 yang berkekuatan 5.9 pada skala Richter.

Gempa yang berpusat di Bantul itu bukan saja menyebabkan ramai penduduk terkorban malah kompleks Candi Prambanan, khususnya Candi Brahma menerima kesan paling teruk.

Kesan gempa bumi itu belum dapat dibaiki sepenuhnya memandangkan banyak bongkah batu yang digunakan untuk membina candi itu terbenam ke dalam tanah.

Sumber dari Kosmo! Online - Horizon



Begitulah serba sedikit citer pasal Candi Prambanan ni. Sepanjang kitorg berada kat sini memang tak lepaskan peluang utk bergambar sepuas hati. Cuaca yg agak terik tak menghalang semangat kitorg utk menjelajah dan bergambar kat sini.

Masa lawatan kitorg diperuntukkan di sini hanya 2 jam. Time nak balik ke mobil kitorg tetiba hujan lebat turun mencurah2. Terpaksa berteduh jap sementara menunggu hujan reda. Tak sanggup nak redah hujan lebat sebab mobil kitorg masih agak jauh. Aku pun risaukan si Aqil ngan gadget aku ni takut basah kena hujan.

Tunggu punya tunggu hujan masih belum menunjukkan tanda2 nak berhenti. Agak2 dah reda sket, kitorg pun redah slow2 bwh pokok2 yg berada di sepanjang laluan kaki. Tetiba nampak pulak ada seorg lelaki bawak payung banyak2. Rupa2nya utk rental. Kitorg pun sewa la payung dlm Rp 5000.





Dari Prambanan kitorg melawat Muzium Sunobudoyo. Kitorg terpaksa bergegas ke muzium ni bimbang tutup awal sbb hari Minggu (Ahad). Dah tu ada pulak road block sebab ada Sekaten (macam acara Pasar Siang) bersempena sambutan Maulidul Rasul. Sekaten memang merupakan acara tahunan diorg kat sini. Sib baik Suzuki APV kitorg lepas so dpt la visit muzium Sunobudoyo tu.

Muzium ni mempamerkan bnyk tinggalan etnik dan arkeologi. Kat sini boleh tengok macam2 benda seperti jenis Batik, jenis wayang kulit dll. Masa tengah kat dalam muzium tu, tetiba plak datang seru. Terus cari toilet dan itulah merupakan kali pertama aku buang hajat kat bumi Jogja ni sejak semalam lg x settle wahaha...


Bila dah settle mula la rasa lapar sebab perut dah kosong..Lantas kitorg pun dibawa lunch ke Sekar Kedhaton Restaurant yang terletak di tengah2 Kota Gede.

Sekar Kedhaton Restaurant adalah tempat yang sangat unik dimana pelanggan tidak hanya dapat menikmati menu makanan terbaik yang disajikan disini, namun disini anda juga dapat menemukan kemewahan dan kenyamanan suasana dengan sentuhan – sentuhan keagungan dekorasi etnik Jawa yang unik. So far, makanan kat sini merupakan paling enak sekali berbanding hari pertama. Restoran ni kelihatan agak class dengan ramai pelanggan terdiri daripada mat salleh. Dan seperti hari pertama, Aqil Danish terlepas peluang nak rasa makanan kat sini sebab tertidur dalam stroller dia.

Selesai mencekek, kitorg terus singgah ke Ansor Silver, iaitu salah satu showroom Silver ternama di Kota Gede.

Masuk2 je dalam showroom kitorg terus ditunjukkan demonstasi pembuatan perak. Dapat gaks tips caner nak bagi kilatkan benda2 silver ni mcm jam tangan, cincin ke.. hanya gunakan Ubat Gigi dan Berus Gigi!

Habis saksikan pembuatan silver ni, kitorg di bawa pula ke dalam section kedai yang menjual item yang diperbuat daripada perak la seperti necklace, gelang, subang, cincin dll. Kitorg sekadar window shopping je sebab faham2 la kan.. (mahal beb!)

Next, kitorg gi visit Batik Home Industry Plentong iaitu tempat pembuatan batik secara tradtional kat Jln. Tirtodipuran. Ni la first time aku tengok proses pembuatan batik secara traditional. Giler beb! Memang skill dan ketelitian kena ada. Bukan calang2 org yg bole bikin batik ni. Lagi banyak colour kat batik tu lagi berulang kali la kena cop kain tu ngan lilin.

Sepertimana di kedai silver tadi, habis tengok proses pembuatan kitorg di bawa ke kedainya pulak kut2 nak beli Batik Jawa ke.. perghh memang harga setanding dgn penat lelah membuatnya!

Lastly, it's shopping hours! Kitorg di bawa ke Omah Mode untuk bershopping pakaian! Memang perlu sgt sbb aku ngan wife memang tak bawak pakaian banyak. Kebetulan ada sales discount up to 75% pulak time tu! Perghh layanz!! Habis shopping terus dinner di local restaurant dan kembali ke hotel. Pengembaraan yang lebih menarik menanti hari esok!

To be continued Day 3....

1 comments:

  1. Very nice photos! I love the Borobudur Temple photo (4th from top) that you took. Amazing shot!

    ReplyDelete

Mencari wedding photographer yang memenuhi bajet anda?
pixlensa.blogspot.com
+012-6043456
+0123476420