Untuk lunch hari ke 3 ni kitorang di bawa ke sebuah restaurant (sori dah terlupa nama restaurant ni) tak berapa jauh dari lokasi Candi Mendut. Apa yg best bila tiba je kat restaurant kitorg disambut oleh waitress dgn penuh kemesraan (most welcoming). Diorg hulur towel muka yg lembap dingin beraroma kat pelanggan2 yg dtg tgh hari. Selepas lap muka dan tangan, mmg badan terasa re-freshen up bagaikan hidup semula . Bau hapak peluh terus hilang. Baru la boleh menikmati hidangan tegah hari ngan selesa dan berselera.
Kali ni anak tomei ayah si Aqil Danish berjaga utk sama2 menikmati hidangan tgh hari (setelah 2 hari berturut missed). Tp yang kelakarnya, pas selesai makan mmg mata dia dah tak tertahan lg dah, atas baby chair tu die bole terlentok2 kepala beberapa kali sebelum tertidur. Kitorg tgk je gelagat dia (siap record lg ngan handycam). Rasa kelakar dan kesian ahaha...Selesai lunch, kitorg terus menyambugkan perjalanan ke salah satu destinasi yg aku tak sabar2 nak gi sebelum ni - Gunung Merapi. Perjalanan mengambil masa kira2 sejam lebih untuk tiba. Sepanjang perjalanan hujan lebat membuatkan kelopak mata aku ni plak yg tak tertahan nak lelap (dah kenyang mata pun terasa berat la).. Lawan punya lawan akhirnya tertewas juga. Sedar2 dah nak hampir sampai ke Gunung Merapi.
Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 69 kali semenjak 1548. Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini.Sumber dari Wikipeida Bahasa Melayu - ensiklopedia bebas
Kini kitorg berada approx. 5 km dari puncak Merapi. Kawasan persekitaran yang terlihat umpama padang jarak padang terkukur. Yang tinggal cuma tapak2 perkampungan dan batang2 pokok yang hangus terbakar dek kesan kemusnahan letusan terbaru Nov 2010 lalu yang telah meragut lebih seratus jiwa.
Kebetulan waktu itu baru lepas hujan, suhu yg dingin akibat tiupan angin serta langit yg dilitupi awan mendung tebal semacam menimbulkan mood dramatik kepada kitorg. Perasaan kitorg bercampur baur teruja ngan cuak! Ye la mana tak sekali tengok terus terlintas di fikiran macam Mordor tempat Lord Sauron dalam film Lord Of The Rings!
Tak lepaskan peluang bergambar kenangan. Bukan selalu dpt peluang gi tengok gunung berapi depan mata oii!!!
Sungai lahar yang terbentuk ekoran muntah lava semasa erupsi MerapiSelepas melawat Gunung Merapi, kitorg turun semula ke Jogja untuk baki aktiviti utk hari ke-3 iaitu dinner ngan shopping (lagi??? sebab aku tak dapat cari lagi seluar jeans aku huhu..). Kitorg terus gi dinner dulu kat restaurant Hartz Chicken Buffet. Nak dijadikan cerita, tgh2 makan tu kitorg telah dikejutkan dgn berita penemuan kejadian "Crop Circle" di Jogja!
Crop Circle Kini Di Indonesia - Utusan Malaysia Online 30 Januari 2011

Tp bukan rezeki kitorg utk menyaksikan kejadian aneh yang seringkali dikaitkan dgn UFO tu secara dekat kerana esoknya kitorg akan pergi ke Dieng Plateau yg terletak kira-kira 3-4 jam perjalanan dari Jogja. Sekadar melihat di kaca TV ngan sokaba je la.. Kalau la ada extra sehari lg dah tentu aku request gi tempat kejadian nak tengok ngan mata sendiri.
Alhamdulillah.. Bila perut dah terisi, barulah ada semangat nak bershopping! Perlu tenaga banyak tau utk ber'shopping' all out! Ye la..dulu masa Year End Sale (YES) pun kitorg tahan2 sbb tunggu nak shopping kat Jogja yg dah tentu harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia utk produk yg berkualiti. At last aku dpt jugak beli apa yg dihajati - Sepasang seluar jeans ngan beberapa helai T-shirt:)
To be continued Day 4...
Crop Circle Kini Di Indonesia - Utusan Malaysia Online 30 Januari 2011

Tp bukan rezeki kitorg utk menyaksikan kejadian aneh yang seringkali dikaitkan dgn UFO tu secara dekat kerana esoknya kitorg akan pergi ke Dieng Plateau yg terletak kira-kira 3-4 jam perjalanan dari Jogja. Sekadar melihat di kaca TV ngan sokaba je la.. Kalau la ada extra sehari lg dah tentu aku request gi tempat kejadian nak tengok ngan mata sendiri.Alhamdulillah.. Bila perut dah terisi, barulah ada semangat nak bershopping! Perlu tenaga banyak tau utk ber'shopping' all out! Ye la..dulu masa Year End Sale (YES) pun kitorg tahan2 sbb tunggu nak shopping kat Jogja yg dah tentu harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia utk produk yg berkualiti. At last aku dpt jugak beli apa yg dihajati - Sepasang seluar jeans ngan beberapa helai T-shirt:)
To be continued Day 4...


crop circle? wah! ye ke? indonesia pun ada? amat mengejutkan ... dari dulu saya teringin nak ke gunung merapi tu ... tak ada peluang ... cantik gambar dkt gunung merapi tu ;)
ReplyDeleteFarEast : Yup! mmg gempar jogja ngan penemuan crop circle tu kat tgh2 sawah padi. tanya member bila dah balik Msia mmg ada kuar berita TV3 gaks pasal crop circle tu..
ReplyDeleteInsyaAllah nanti ada rezeki pasti saudara ke sana.. selalu2 la check Promotion AirAsia ;)
wow jauh berjln...luas pandangan, luas pengalaman
ReplyDeletedua kali aku buat passport...
hingga kini masih ber chop...